Maaf, pelayar web anda tidak menyokong Java(tm).
 

Pengenalan

Dari pemerhatian dan kajian yang di buat, bidang atur-huruf dan percetakan adalah satu skop perkhidmatan yang penting dan mengalami perkembangan yang memberangsangkan serta amat diperlukan dari semasa ke semasa. Kebanyakan pencebur dan pengusaha utama di dalam bidang ini ialah dari kalangan kaum asing. Bagi menyahut cabaran perkhidmatan yang berdaya maju ini, Yusran Publishing House ( YPH ) telah mengorak langkah setapak ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan susun atur-huruf, grafik dan percetakan yang berkonsepkan 'one stop printing shop'. Dengan berbekalkan pengalaman, peralatan dan sokongan masyarakat setempat, maka lahirlah Syarikat Yusran Publishing House dengan satu visi, iaitu YPH komited mewujudkan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati semua pelanggan dan seterusnya menjadi sebuah syarikat yang progresif, dinamik dan berwibawa.