|
|
|
|
Perkhidmatan
Sebagai
sebuah syarikat percetakan yang berwibawa, Yusran Publishing House
(YPH) menawarkan pelbagai perkhidmatan yang bersangkutan dengan
bidang percetakan. Antara perkhidmatan yang terdapat di sini ialah seperti
:-
Atur Huruf dan Grafik Komputer
Perkhidmatan ini termasuk membuat atur huruf dan 'layout' komputer
untuk teks buku, buletin, kotak, poster, buku cenderahati dan sebagainya
sama ada dalam bentuk warna penuh atau hitam putih.
Pekerja-pekerja YUSRAN PUBLISHING
HOUSE mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengendalian pelbagai
bentuk bahan pra-cetak melalui perisian-perisian 'layout' &
grafik komputer (DTP) seperti Adobe Page Maker, Quark Xpress, Adobe
Illustrator, Adobe Photoshop dan Corel Draw.
Percetakan Umum
- Majalah / Buletin / Buku-buku Am
- Kad Nama, Sampul Surat, Kepala Surat
- Kotak / Label / Stiker
- Buku Cenderahati
- Poster / Brochure, Katalog
- Kad jemputan / Perayaan
- Laporan Tahunan, Buku Manual
- Profail, Kertas Kerja dll.
- Kalendar Masehi / Hijrah
Perunding Penerbitan
Kami juga turut bersedia untuk menjadi perunding penerbitan untuk kerja-kerja
penyuntingan, penterjemahan dan penerbitan daripada bahan-bahan yang
belum siap (manuskrip) sehinggalah dapat dijadikan sebuah buku. Antara
hasil buku-buku yang di atur huruf dan dicetak oleh Yusran Publishing
House termasuklah buku-buku bercorak ilmiah yang dihasilkan oleh
pensyarah-pensyarah IPTA / IPTS dan penulis-penulis perseorangan yang
berpengalaman.
Reka Bentuk Grafik
Membuat reka bentuk dan grafik seperti logo, kalendar, kulit buku, majalah,
buletin, iklan dan seumpamanya dengan menggunakan teknologi grafik berkomputer.
Peralatan Pejabat
Menerima tempahan dan membekalkan barang-barang keperluan / kegunaan
pejabat seperti alatulis dan kertas ( mengikut permintaan pelanggan
).
|
|